Thursday, 30 November 2017

Lelaki Teristimewa

Kalau cinta dan seks itu diibaratkan seperti candu, maka ketagihan aku untuk kembali semula menulis di sini juga boleh dierti pada analogi yang sama. Tapi takda lah sampai persis mereka yang dalam kecanduan. Hanya berbekalkan sedikit kerinduan, maka aku titipkan semula kata-kata seorang Nu'man dalam blog ini.

Melihat pada perspektif umum, pada angka usia menginjak 35 tahun sudah dimomokkan dengan middle age crisis yang sering menghantui para manusia yang lain, tidak mahu aku berdalih yang dalam setahun lebih lagi, Nu'man akan ke destinasi itu. Allahu Akbar, kalau tidak matang lagi, tak tahu la nak cakap apa. Percaya lah, yang sesungguh nya diri ini sedang berusaha ke arah itu. Hehe.

Ini bukan pertama kali Nu'man menulis buat yang pertama kali mendengar nama ini. Tetapi sudah menjadi kebiasaan aku untuk 'reset' blog apabila sudah sampai satu aras yang lain dalam kehidupan. Buat yang masih keliru, penulis blog ini adalah seorang lelaki yang teristimewa. Dalam definisi moden netizen hari ni, penulis ini boleh lah diertikan sebagai geng 'kunyit'. Hahaha.

Walaupon begitu, itu tak bermakna penulis ini berminat dengan kunyit atau pon spesis yang berkaitan. Pada umur seperti ini, apa lah seorang lelaki teristimewa seperti aku inginkan ? Tidak ada apa-apa yang menarik minat aku pada ketika ini melainkan hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Alamak ... persis middle age crisis pulak .. harammm sungguh .. hehe.

Anyway, tidak berniat menulis panjang sedangkan entah ada yang merindu pon tak tahu. Tetapi mudah-mudahan blog ini menjadi wadah buat Nu'man mencoret lukisan kehidupan seorang lelaki kunyit menuju middle age ... kunyit pon kunyit la .. risau apa sedang apa yang bawa ke sana nanti hanyalah bekal amal dan iman  ..bukan lah kunyit kunyitan ini. Hahaha.